Monday, 3 September 2012

kejar lah cinta yg kekal .....




assalamualaikum.........
 lumrah setiap manusia itu adlah berpasang - pasangan, berkasih - kasihan dan saling cinta mencintai...
yesss......siapa yg tidak mahu, bukan???
tp, sedar atau tidak, sesetengah manusia nie terlampau mengejarkan kebhagian dunia sehingga mereka seolah- olah lupa akan ade bende yg perlu mereka utama kan iaitu mengejar cinta yg hakiki.
adakah mereka tidak sedar dgn mencintai ALLAH sepenuh hati itu adelah 1 jalan short cut utk mendpt cinta dunia????

ramai rakan bertanya, "kau x sunyi hidup sorang?" ade juga yg bertanya; "kau x teringin ke bercinta?". jawapn sy mudah saja. jodoh itu adalh salah satu janji ALLAH bg saya, saya yakin sudah tertulis nama dia disana dan saya akan menunggu dgn sabar.
 

kite sepatutny perlu bekerja keras mencari hidayah sbb iman seseorg itu tidak akn maintain di satu tahap sahaja. kadang kala naik, kadang kala turun......
kadng2 rase bosan melakukan hal yg sama, timbul perasaan riak, hebat dan takbur dgn nikmat yg kita ade; sbb itu lah kite perlu kreatif dlm beribadah.

mana yg perlu kite utamakn....jodoh atau hidayah????
man jadda, wa jada......perlu juga beringat, seimbgkn dunia dan akhiratmu.
macamane nak mengejar cinta yg kekal tu?
mcm susah je?
saya beri jaminan 100%, jika anda mendptkn cinta yg 1 ini, anda akan tenang selama lamany, dan cintnya itu sbg 1 kunci kebhgian hidup anda. bermula la dr skrang ^_^
 

dgn berinspirasikan dr blog tok wan.......saya ringkaskan indahnya mengejar cinta yg kekal...

#kunci: bertanya pada diri sendiri....
 sudah kah kite melebih ALLAH dalam segala hal??
 muhasabah diri ^_^

Barangsiapa mengakui tiga hal, 
namun tidak bersih
dari tiga hal, 
bererti dia tertipu.

Pertama, mengakui akan manisnya zikir,
sedangkan dia masih mencintai dunia.

Kedua, mengaku ikhlas beramal,
tetapi suka penghormatan manusia kepadanya.

Ketiga, dia mengaku cinta kepada Khaliknya,
tetapi masih memperturutkan nafsunya.

sabda rasulullah:
"Akan datang atas umat-umatku di mana mereka mnyukai lima hal dan melupakan lima hal. Mereka suka kepada dunia dan melupakan Akhirat. Mereka suka pada harta sehingga melupakan Hari Hisab. Mereka cintakan makhluk sehingga melupakan Khaliknya. Mereka suka berdoa, tapi lupa bertaubat dan mereka suka rumah tetapi lupa pada kubur."
 
mehhh....saya selitkan 1 cerita :
 
 
Diceritakan, ada seorang lelaki bakhil dan munafik bersumpah hendak menceraikan isterinya bila dia memberikan sedekah. Kemudian datang pengemis mengetuk pintu rumahnya seraya berkata, "Demi hak Allah apakah engkau tidak akan memberiku sesuatu?"

Lalu perempuan itu memberikan tiga potong roti. Apabila diketahui suaminya terus memanggil pengemis itu dan berkata, "Siapakah yang memberimu roti?" Pengemis itu menjawab, "Aku diberi oleh seorang wanita penghuni rumah itu." Lalu si suami masuk ke rumah dan berkata kepada isterinya. "Bukankah aku telah bersumpah agar engkau tidak memberikan sesuatu kepada seseorang pun?" Si isteri menjawab, "Aku memberikan kerana Allah." Si suami kemudian menyalakan tungku. Setelah panas lalu berkata kepada isterinya, "Masuklah ke situ kerana Allah." Si isteri kemudian bangkit dan mengambil perhiasannya. "Tinggalkan perhiasan itu!" kata si suami. Si isteri menjawab, "Seorang pencinta akan berhias untuk kekasihnya. Dan aku hendak menemui kekasihku." Kemudian dia masuk ke dalam tungku itu. Lelaki munafik menutup tungku dan meninggalkannya pergi. Setelah tiga hari kemudian dia datang lagi dan membuka tungku itu. Dia lihat isterinya selamat dengan kekuasaan Allah s.w.t. sehingga lelaki itu hairan. Kemudian ada suara Hatif berkata, "Apakah engkau tidak tahu bahawa api tidak akan membakar kekasihKu."
:: jom jadi macm permpuan nie!! ^_^
 
 
 




No comments:

Post a Comment