Buat yang sekian kalinya, aku belum lagi bertemu lelaki yang tidak pernah menyakiti wanitanya, walaupun ilmu nya cukup didada, iman nya setinggi gunung dan tawaduk nya pada agama sehebat ulama' termashur, mereka tetap menyakiti wanita......
Aku bukan lah seorang anti-lelaki, tetapi aku tidak mahu nasibku sama seperti wanita-wanita yang pernah hadir dalam hidupku dan pengalaman yang aku alami....
sedang Allah ada berfirman :
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri". an-Nisa', 34.
“Dan barang siapa yang melakukan amal soleh dari kalangan laki-laki dan waanita dalam keadaan dia beriman maka mereka akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak di zalimi sedikit pun.” An Nisa’, 124
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya." Ar Ruum, 21
Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan. " Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang." Ar Ruum, 21
Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan.
"Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri- isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu." An Nahl,72
Allah sendiri menggambarkan kemuliaan wanita disisi islam, mengapa kaum adam sering merendah rendahkan kaum hawa, sedang didalam timbangan Allah nanti mereka dinilai sama rata serta adil...
pelbagai ragam lelaki dapat aku gambarkan, pura-pura alim, menggunakan wanita untuk batu loncatan, wanita hanya untuk pemuas nafsu, pelepas amarah.
" wahai adam, perlukah kekerasan itu
kami bukan hamba yang lemah
tangan kami mampu menggoncang dunia
kami bukan pelepas amarah mu
bahkan kami pengemis syurga dari mu
perlukah kami diperlaku begini
perlukah kami disakiti lagi"
#bukan semua adam begitu, mungkin aku belum temui adam pemilik hati yang suci
No comments:
Post a Comment