Sunday 23 September 2012

astagfirullah........ AMPUNKAN AK T_T

pg2 lagi ada bende yg buruk berlaku.....
nak dijadikan cite " saya ada order barng kat aisya n barg tu sampai pg td. postman hantar brg dengn muke bengis dan membebel depan sume staff. memng salah sy pon sbb tersalah tulis alamat, cikit je kot...pppfffffftttt.... automatic saya naik angin, meluap2 drh nak meletup. nak cover malu, saya cume ckp "minx maaf cik", yer " mintak maaf cik". die membebel lg.

kuar je postman dr pintu ofisss, mula la sy bebel plak, "without intention to say that" " ahhhh, x ensem pon". semua terdiam. why???? why?????

rupenye, postman tu masih di tepi pintu pakai kasut.....sekali lg, bersalah giler. sgt2 bersalah tahap gaban. mcmane nie?? postman tu terus je balik dan sampai kat pintu pagar depan die hempas kuat2.

ALLAHUAKBAR....besar nya dosa aku hari nie, nak nangis nie, tapi tahan lg. cube buat2 senyum je depan kwn...
menyesal!!!!!
menyesal !!!!!
minta maaf @_@ bleh???

rasa mcm nak jumpe abg tu, minx maaf kat die....
pada masa yg sama rasa takut jugak sbb takut2 die berdendm ke, die panggil kaki pukul ke, die curahasid splasshhh ke. takuuuuttttt!!!!!!

mcm2 andaian kat kepala ni, tp yg penting perasaan bersalah memng meluap - luap...

astagfirullah....
buruk betul perangai ni, sedih pon ade gak sbb x dpt nak buang sikap nie, smlm baru je g usrah tp x berubah jugak......
 senarai kesalahan:
1. mengumpat
2. menghina kejadian ALLAH
3.bersangka buruk
4. x terima kesalahan
5. mulut celupar
6. hati kotor
7. bad atitude

# ni ke yg mak abah sy ajar?? nie ke contoh terbaik kepd bangsa?? apa perasaan abg postman tu??? sbenarny sy x tgok pon muke die, dsbbkan marah yg meluap2 n x dpt nak control terkeluar perkataan yg kesat. syaitan berjaya menguasai diri....."celaka keatasmu syaitan" "ooohhhh abg postman minta maaf yer, abg paling ensem saentero dunia ni. huhuhuhuhu.....

punishment hari nie:
1. istigfar 1000 kali
2. doakn kesejahteraan abg postman setiap solat selama 2 hari
3. x leh nyanyi selama sehari...hhehee
4. kurangkn ckp
5. kurang makn.....eaakk(bleh ke???)


 Aku tidaklah semulia KHADIJAH , tidaklah setaqwa AISYAH , Pun tidaklah setabah FATIMAH . Aku cuma seorang wanita akhir zaman yg punya cita-cita menjadi Solehah.
ampunkn ak ya ALLAH....




Monday 17 September 2012

tutp itu perlindungan....malu itu perhiasan

assalamualaikum pembuka bicara....
lama bercuti di jb, dah malas pulak nak balik keje...huhuhu. cuti yg lepas saya berjaya memberanikan diri naik bas mlm2 turun kat skudai parade. keesokan harinya masa saya diisi dgn memasak juadah open house kat umah kakak saya. menu utama, mee hoon sup, paprik, sambal udang, dan yg paling sedap dan cantik...hhahaha kek buatan saya sendiri. ini lah hasilnya...
 


open house tu khas utk keluarga sahaja, mlmnya semua keluarga berkumpul dan semyg berjemaah bersama, lepas tu, usrah bermula sampai la ke isyak. after isyak sesi makan2 sampai pecah perut.hehhehe........

sebenarnya, bukan nak cite pasal ni, ceritanya pasal aurat wanita. memng sukar utk dijaga berbanding lelaki. ianya harus menutupi seluruh anggota kecuali muka dan pergelangn tangan. sbb itu lah ade yg kata......


sebagai seorg muslimat, kite seharusnya berbangga dgn apa yg ditentukan oleh ALLAH, dahulunya saya juga berikir "kenapa perlu ditutp, bukankah merimaskan?" mcm2 lagi, kalau pakai tudng labuh ckit mula la, org panggil ustazah, pakai baju longgar ckit mulalah gelaran alim la, tunjuk baik la.....saya da alami semua tu, permulaan yg baik itu amat menyakitkan, tetapi penghujung penghijrahan itu akan rase manisnya.

berbungkus itu x semestinya selekeh. pada permulaan, saya juga x pandai menggayakn tudung, asyik2 pakai tudung yg sama dan warna yg sama iaitu hitam. kadang2 x confident langsung dan bertekad untuk jadi seperti dulu, tapi atas dorongan rakan2 saya makin kuat.....x kisah la, mcmane saya lilit tudung tu, nak pakai tebalik ke, org gelak ke, saya x kesah asal masih menutup.

geng khemah ( org2 bertudung besa) bukan la menunujukn die alim dan tahu semua hukum agama. tetapi, at least mereka2 ni tahu mana yg perlu di tunjuk dan mana yg tidak. dunia ni bukan tempat suke2, tp permulaan utk pergi menuju tempat yg kekal iaitu kampung akhirat.










freret6yhtryhtyhyregtryre



 banyk icon islamic yg cute molek kat tv tu, dieorg pon bertudung dan menutup, cantik je. the blogger "fatin". the singer "ainan tasneem" "najwa latif" the actress "wardina safiya" "yat" "diana amir". and my favourite icon nowadays irma hasmie. dieorg islamic dan sejuk je mata memandang kan.


hurmmm.....cantik kan ????? tp saya x de kekuatan utk memakainya, saya berpendapt jika saya bertudung sebegini sikap perlu diperbaiki. tangungjwb juga semakin besar. jd, saya hold dulu...kalau saya teringin saya akan pakai kat bilik, sambil berangan je...hehhehehe






















mohon doa yer......istiqomah itu susah :)






Friday 14 September 2012

penjelasan solat jama' dan qasar

assalamualaikum pembuka bicara.....

" setelah sekian lama saya mencari jwapan utk solat jama' dan qasar.Alhamdulilah atas izin ALLAH saya diberi sedikit pencerahan dan sedikit gambaran tentng solat ini.Pelbagai buku saya baca, tp hasilnya kurang memuaskan....saya x berapa jelas dgn cara penyampaiannya. Ramai org saya bertanya kan hal ini, ade yg merespond dan ade nya tidak berani nak explain sbb takut salah......saya jd buntu..."

"saya ade juga memberi sms ke salah sorang naqibah saya tp die blom lg menjawab soalan saya berkenaan musafir. Usaha saya x terhenti setakat itu sahaja sbb perasaan ingin tahu itu tinggi seperti perasaan ingin tahu saya pada ABU DZAR ALGIFARI dahulu."

saya ter baca satu artikel yg cukup menarik yg ign saya kongsi bersama:


KESILAPAN SOLAT JAMAK QASAR: TAPI ANDA TIDAK PERASAN.


Menghadiri ‘conference’ dalam dan luar negara bukan perkara ganjil. Ramai yang pergi dan kembali, bahkan ramai yang berulang-alik ke pelbagai destinasi dengan niat mengembangkan ilmu. Ini perkara rutin bagi seorang researcher atau ahli akademik di universiti atau ‘research centre’. Tidak ketinggalan bagi yang suka melancong, musafir adalah per
kara ‘ghalib’.

Sungguhpun setiap musafir dengan niat kerana Allah besar ganjaran pahalanya, namun harus ditelusuri feqah yang berkaitan dengan musafir tersebut, adakah bertepatan dengan syariah? Mungkin ramai yang tidak pernah mengambil kisah akan adab musafir mengikut sunnah. Amat rugi, jika kita tidak mengambil kepentingan dari perkara adab dan sunnah Rasul. Namun perkara sunat bukanlah ‘aula’ jika yang wajib masih terumbang-ambing. Antara sedar atau tidak, ramai yang melakukan kesalahan berulang akan hal yang wajib seperti SOLAT.

Walaupun isu solat jamak atau jamak qasar bukan lagi menjadi topik perbincangan mutakhir ini, namun saya melihat ianya masih lagi perlu diperhalusi kerana masih banyak salah faham yang berlaku. Malah, masalah ini seringkali berlegar-legar dalam kumpulan teman-teman yang bermusafir bersama saya. Tidak kira musafir ke tempat jauh atau dekat, isu solat tidak boleh dipandang remeh.

Lihat situasi berikut:

Sehingga ke hari ini, masih ramai yang menganggap bahawa solat jamak qasar boleh dilakukan 3 hari pertama berada di sesuatu tempat. Sedangkan menduduki tempat melebihi 3 hari tidak lagi dikira musafir tetapi ‘bermukim’ (sudah gugur taraf musafir). Jadi, solat jamak qasar sama sekali tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai ke destinasi. Tiada nas yang membenarkan solat jamak qasar pada 3 hari pertama anda bermukim. Solat jamak qasar hanya ‘valid’ sepanjang perjalanan anda yang melebihi 89 km dan tidak ‘valid’ sebaik tiba di destinasi yang anda ingin duduki melebihi 3 hari. Sekali lagi diingatkan, jamak qasar selama 3 hari hanya dibenarkan untuk orang yang benar-benar singgah tidak melebihi tiga hari di sesuatu tempat.



Namun, anda masih diberi rukhsah untuk menjamakkan solat apabila berada dalam situasi yang sukar. Dan jamak ini dibenarkan sepanjang tempoh mukim atas sebab-sebab yang diizinkan syarak. Salah faham berlaku apabila kebanyakan kita tidak jelas akan perbezaan antara solat jamak qasar dan solat jamak. Mungkin silibus pendidikan Islam di peringkat sekolah perlu dikaji semula kerana belum mampu memberi kefahaman tentang masalah feqah yang paling utama ini. Ataupun ustaz ustazah perlu mengkaji kaedah pengajaran agar lebih berkesan dan dapat difahami oleh pelajar di sekolah.



Sedikit pencerahan tentang solat qasar dan solat jamak.



1) Solat Qasar



Sekiranya anda bermusafir ke sesuatu tempat yang perjalanannya melebihi dua marhalah atau 89 kilometer, maka diharuskan untuk mengqasarkan solat.



(Dua marhalah bersamaan empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 km.)



“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” [an-Nisa’ : 101]



Bahkan dalam satu hadith Riwayat An-Nasa’i dan Abu Daud, Rasulullah s.a.w mengharuskan para sahabat mengqasarkan solat walaupun bermusafir dalam keadaan aman.



Qasar adalah memendekkan solat, yang 4 kepada 2.



Syarat qasar :



1) Jarak perjalanan > 89 km



2) Bermusafir tidak melebihi 3 hari penuh (tidak termasuk hari berangkat dan pulang)



3) Sudah memulakan perjalanan dan keluar dari mukim atau kawasan kampungnya.



Apa bezanya solat qasar dan solat jamak?



2) Solat jamak



Pada asasnya, solat jamak tidak berkaitan secara langsung dengan solat qasar dan ianya boleh dilakukan atas pelbagai keperluan yang dibenarkan syarak. Solat jamak maksudnya menghimpunkan solat tanpa mengurangkan rakaat.



Perkara yang membolehkan jamak:



Dalam Syarah Muslim, Imam al-Nawawi r.a berkata: “Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir, bila terdapat suatu kepentingan, asalkan hal itu tidak dijadikan kebiasaan. Ini juga merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari golongan Maliki, juga pendapat al-Quffal dan al-Syasy al-Kabir dari golongan Syafi’i, juga dari Ishak Marwazi dan dari jemaah ahli hadis, serta pendapat yang dipilih oleh Ibnul Mundzir. [al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]



Dalam kitab feqah karangan Dr. Basri Ibrahim ada menjelaskan keharusan jamak kepada beberapa golongan yang memerlukan seperti sakit, ketakutan, pekerjaan yang punya maslahat kepada umat, bencana alam dan musafir. Bahkan syarat bagi musafir untuk menjamakkan solat tidak diwajibkan melebihi dua marhalah. Waima orang yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan tidak mampu keluar dari situasi tersebut boleh berniat jamak, dan melaksanakan solat jamak ta’khir apabila sampai di rumah. Ini kerana solat jamak tidak terikat kepada syarat jarak perjalanan, musafir, bermukim dan keluar dari mukim.





2 Jenis solat jamak yang anda sedia maklum:



1. Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.





Syarat jamak Taqdim :



1) Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.



2) Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.



3) Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.



4) Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).





2. Jamak Ta’khir pula ialah mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.





Syarat jamak Ta’khir :



1) Hendaklah berniat jamak ta’khir dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. Tidak sah solat jamak ta’khir yang dilakukan akibat luput waktu solat, tanpa diniatkan sedari awal waktu solat yang pertama.





Jadi, apa perbezaan jamak qasar dan jamak?





Sangat berbeza kerana,



1. Jamak qasar bermaksud menghimpunkan dan memendekkan, manakala jamak bermaksud menghimpunkan sahaja.



2. Jamak qasar hanya dibenarkan bagi orang yang sedang bermusafir melebih 2 marhalah dan singgah tidak melebihi 3 hari penuh.



3. Jamak pula dibenarkan pada pelbagai keadaan mengikut keperluan yang syari’e.





Lihat situasi berikut :





Contoh 1: Ulama membincangkan masalah solat jamak sebelum memulakan perjalanan. Jumhur ulama berpendapat, boleh menjamakkan solat sebelum bertolak sekiranya dibimbangi berlaku kesukaran untuk solat dalam perjalanan. Pendapat ini berdasarkan hadith:



"Rasulullah saw menjamakkan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Baginda tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim no. 705].



Tapi perlu diingat.. yang dibenarkan adalah solat JAMAK, bukan JAMAK QASAR.



Sekali lagi ditekankan bahawa jamak qasar hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memulakan perjalanan dan keluar daripada mukim.



“Diantara syarat-syarat sah memendekkan (qasar) solat adalah hendaklah musafir melepasi pagar kampung (balad) yang dimulakan permusafirannya" [al-Fiqh al-Manhaji 1/187].





Contoh 2: Anda sudahpun dalam perjalanan pulang ke rumah. Akibat kesulitan sepanjang perjalanan pulang menyebabkan anda tidak mampu menunaikan solat dalam perjalanan. Sebagai contoh, jalan yang sangat 'jam' (musim perayaan) yang boleh menyebabkan terluput waktu solat. Maka dibolehkan anda jamak ta’khir di rumah. Sekali lagi ditegaskan, dibolehkan JAMAK, bukan JAMAK QASAR. Kerana jamak qasar tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai di rumah.





Contoh 3: Apabila mengalami sebarang kesulitan di tempat anda bermukim (musafir yang melebihi 3 hari), maka dibolehkan jamak. Contoh kesulitan berbeza mengikut situasi. Berada di tempat asing memungkinkan kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Hanya yang mengalaminya dapat merasakannya. Jangan tinggalkan solat, sebaliknya jamaklah pada sesetengah keadaan yang sulit. Allah telah memberi kelonggaran kepada hamba-hambanya pada setiap keadaan agar kita menjadi hamba yang sentiasa ta’at.



Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :

"Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjamakkan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjamakkan solat adalah LUAS berbanding dengan memendekkan solat, kerana memendek (qasar) solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jamak dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjamak solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat samaada pada waktunya atau didalam jemaah".



Dengan itu, jelas sekali ketetapan untuk solat tidak pernah gugur walaupun kita berada dalam kesulitan. Bahkan Allah telah memberi kemudahan untuk kita tetap ‘thabat’ di atas jalan-jalan orang yang abid.



"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]



"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]





_________________________________________________________________________________

Disclaimer Note : Setiap pendapat saya adalah bukan pendapat peribadi yang condong kepada mana-mana fahaman. Pangkal dalam setiap hukum syariat Islam adalah dalil dari al-Quran dan hadith. Telah berkata Imam Malik r.a, “mana-mana pendapat yang dilontarkan setiap muslim boleh diambil dan boleh ditolak, kecuali yang datang dari Muhammad s.a.w”. Jadi, sekiranya terdapat pendapat yang tersasar daripada dalil yang sahih, maka lakukan penolakan. Yusuf Qardhawi pernah mengingatkan bahawa setiap muslim adalah tawanan hujah yang kuat serta dalil yang sahih. Dr. Yusuf al-Qaradawi juga telah mengupas mengenai isu jamak dan qasar ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).







Allah Lebih Mengetahui.

ASMAH ALIAS. UiTM. AS 990, 9 Sept 2012, 22 Syawal 1433 H
subhanallah, terima kasih .....
sungguh.....jalan menuju mu itu amat mudah ak rasakan....
dimana saja ak berada, akan ku menjadi hambamu yg setia......
ya Rabb ku...bantu ak dekat dgnmu.



 kirimkan lah sesuatu yg dpt menambahkan cintaku padamu...
dampingkan lah diriku yg hina ini dgn insan2 bakal penghuni syurga utk ak menghidu keharumannya
teguhkn hati ini utk merase kemanisan dlm setiap dugaan yg kau beri
suapkan ak sesuap rezki yg halal utk ak tenang berjuang dijalanmu......
ak mohon perlindungn diri mu wahai penciptaku yg agung.....
ak bersujud padamu dan ak amat2 mencintaimu.....

Thursday 13 September 2012

anything happens lets ALLAH know first......

assalamualaikum.....
lately nie byk perkara yg menjadikan hati saya tidak tenang dan gelisah. terfikir fikir mcmane nak settlekan 1 by 1problem  without stress.....
lama termenung kat tingkap, fuuhhhhh (mengeluh) kononnya cr idea n idea la....tp x kunjung tiba....huhuhuhu
i need someone to talk to!!!!! anyone?????
tp, no need kot.....buat apa nak hebah ...hebah masalah kat org, dieorg pon ade bende yg nak disettlekan...
termenung lg sampai tertido...sedar2 da azan magrib.....membazir masa lagi...hhuhuhu


 
 mlm tu lepas isyak, g kat rak2 buku..amek buku diary, list semua masalah yg ade, pastu buat satu surat konon2 nak mengadu la....... pulun la, cite la apa yg saya nak luah, its betters rasanya sbb kalau anda meluah kpd seseorg eventhough die penyimpan rahsia terhebat seantero dunia skalipun, die adalah seorg manusia yg kadg2 kalah dgn hasutan syaitan utk menyampai kan berita yg kalian kononnya suruh simpan ....kalau rahsia itu mengaibkan anda, jgn salahkan rakan yg mendgr luahan anda itu, salahkn diri anda sendiri sbb salah meluahkan perasaan.

the best solution is " nevermind i have ALLAH" IF I SENT THOUSOND OF LETTER TO HIM, HE WILL REPLY IT WITHOUT ANY PREJUDICE..... puas hati x????
 so, put ALLAH first, rasulallah is second and mom n dad is your third.......
pastu nak letak boypreenn ke gepppreeenn ke kat tempat ke 3 pon x kesah....hehhhehee
saya ade pendengar setia....awak ade???????

hehhehhee.....wassalam...

Tuesday 11 September 2012

kehebatan AL fatihah

assalamualikum pembuka bicara.....
 terkejut dgn panggilan phone seorg kawan, saya tiba - tiba terfikir apa yg membuatkn aku sebak dan shahdu dgn bacaan al fatihah seseorg pada ketika itu......

kawan saya bertanya apa yg boleh membuatkn hati seseorg menjadi tenang. terdetik kat ati. " dlu mase mule2 ak nak berhijrah apa yg bende yg menyakinkan ak utk berubah?" thiiiiinnnngggg' mcm magik show...... penghayatan al fatihah.....

saya cepat2 tinggalkan kerja  yg melambak bak gunung kinabalu ni, menaip entry special utk diri sya sendri....hehhehehe, sebagai peringatan supaya tidak lalai.


teringat masa dulu permulaan saya, disebbkn baru menjadi freshy  dalam mendlmi ilmu2 agama. the basic thing yg saya pelajri adalh memahami surah alfatihah. cik anna yg remind kan saya bende nie, die kate al fatihah tu pokoknya.

nak share something, kalau anda betul2 hayati surah al fatihah itu, terutama dlm solat, boleh menitik air mata lagi2 kalau yg memimpin (imamnya memberi penuh penghayatan dlm bacaan nya) permulaan perubahan kata cik anna cukup la dgn penghayatan al fatihah.....
insya allah akan nmpak impaknya. 

ayat yg ke 6: keep us on the right path......

giving us such a big meaning. 

meehhhhh translate dlm bhasa, biar lebih penghayatn.

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

 walau mcmane pon kite tersasar dari track, allah tarik kite balik ke track yg betul.......
ALLAH itu pemurah lg maha mengasihani bukan????
jom kembali menjadi hamba yg setia.....
jom naikan level keimann kite.............
start to compete to grab the jannah........
ya RABB ku, bantu ak mengenalimu'


Sunday 9 September 2012

jodoh itu rahsia ALLAH

“ALLAH has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with ALLAH. HE will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time.” 

so, don't try really hard to find your partner till u forget the main reasons of life.

 Muslimah, place your heart in the hands of Allah and He will place it in the hands of a man who He believes deserves it. Insya Allah.- Asyraf Zabani.

Jodoh itu rahsia Allah. Biar Allah yang tentukan. Sungguh, susunan Allah itu indah. Cinta & jodoh itu urusan DIA. Cintakan DIA itu urusan kita. Jika kita cintakan DIA, sudah pasti DIA akan temukan kita dengan orang yang mencintai kita di jalanNya kan? 

entry yg agak jiwang, sebenarnya dah lama nak post benda nie. ade kawn saya ckp "mcmane nak berusaha utk dptkn jodoh?" ade pule yg ckp " perlu ke berusaha utk dptknnya" dan " kan jodoh dah tertulis, biarkan je la, nnt dtg sendri" ( itu kate2 org yg da lose their hope).

saya kaitkan jodoh itu seperti rezeki, kalau seseorg itu tidak berusaha, adakah ALLAH akan terbangkn emas dari langit? even dgn berdoa itu pon berusaha namanya. tetapi didalam konteks jodoh ini. wanita terutamanya perlulah lebih meneliti cara usahanya dlm mendapatkan jodohnya.

bagi pendapt saya yg kurang ilmu agama ini, konsep berusaha utk mendptkn jodoh adlah memperelok diri, memperbaiki jati diri dan meminta pada ALLAH utk mendpt jodoh yg baik. bukan lah dgn berdiri dihadpn khalayak n buat announcement " sapa nak kahwin dgn saya" hahahaahaaaa......
itu bukn berusaha yg dimaksudkn.

kepada wanita yg kuat dan mempunyai keberanian pergilah minta org perantaraan utk merisik sang jejaka utk dilamar atau suruh lah sesiapa yg terdekat cari kan jodoh. itu adalah keputusan yg terbaik. tidak perlulah merisaukan sesuatu yg memang ALLAH sudah janjikan utk kite suatu saat nnt. risaukan tentag persediaan menghadapinya. menuju kealam perkahwinn bukan lah suatu yg mudah. kesetiaan, + kefahamn + kejujuran + kasih sayang + kestabilan ekonomi dan kesabaran itu kunci kebahagian.

  Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama kita tetap tidak akan bersama?  semua yang berlaku memang sudah tercatit di loh mahfuz sejak awal dahulu lagi. Tetapi dengan 1 sifat harus Allah, Allah boleh menukarnya jika Allah berkehendak untuk berbuat demikian. Kun fayakun (Jadilah, maka jadilah). Jika Allah tidak boleh menukar peraturan yang Dia cipta maka bukan tuhanlah Dia.
 semua itu ditangan ALLAH, kekadng, org yg kite paling benci itu jodoh kite, kekadang org yg kite x sangka2 itulah jodoh kite, kadang2 juga jodoh kite itu adalh org yg kite x kenal. oleh itu, jangan lah terlalu angkuh dan terlalu mendongak langit dgn apa yg kite miliki.

 Siapapun jodoh kita, kita tak boleh hanya duduk menunggu & berserah sebab kita di tuntut berusaha, berdoa & Tawakal. Jodoh memang rahsia Allah.. tapi rahsia yang akan ada jawapannya juga cuma perlu sabar. Lambat atau cepat Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.





“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah ke 36. Ayat ke 36.

 


sekian dr saya......

to be continued with special post kot....insya ALLAH kalau ade mood lebey...hehehe

kehebatan suara

assalamualikum...
post kali ni khas utk kaum lelaki diluar sana.
sepanjng saya menjalani praktikal dimelaka ni. staya dikejutkan dgn azan yg amat2 menyentuh hati sehingga kan airmata ini menitis nitis shahdu dgn bait2 azan yg dilaungkan.

lafaznya yg tersusun dn penyampaian yg tenang mmbuatkan hati yg mati hidup semula, jiwa yg kosong terisi dgn izinnya. terkedu sya mendengar suara itu, seolah olah tuhans mengetuk kembali pintu hati ini supaya jgn peenah tidur dlm pencarian hidayah nya. sudah 2 kali saya mendgr laungan azan ini, laungannya menunjukn die ikhlas dlm ibadahnya. saya mhu igtkn da8awah itu dgn pelbgai cara. azan itu adalh medium terpenting dlm sesi pentarbiyahn seseorg. jd kaum adam diluar sana berlumba lumba lah melaungkn azan.  jagn biarkan surau  dan masjid kami sunyi tiada penghuni. panggillah kami bersamasama brjemaah.

             
dfcfghg
cikgu saya pernah cakap penyampaian itu berjya tidak berdasarkn bakat semata mata. ia juga berdasarkn niat dan kesungguhan dlm penyampaian. kadng2 ikhlas seseorg itu boleh nampk. jd betulkn niat lillahitaala....


Wednesday 5 September 2012

ntah ape2.....

serba pink mak angh kite...hahhahaha

nak ke rumah kat zatie, ade open house he..hehhe...hehhe

sanggup g jaoh2 sbb nak isi pewoootttt......dasar blender maknn perut nie

nak g pot luck kat aterek kamil, muke mcm haapeee tahhh...hahhahahhah

keje luar : di AROMA spices ent. di alor gajah....kilang makann jugak, lantak la maimon......makn je keje....hu huhu






Monday 3 September 2012

kejar lah cinta yg kekal .....




assalamualaikum.........
 lumrah setiap manusia itu adlah berpasang - pasangan, berkasih - kasihan dan saling cinta mencintai...
yesss......siapa yg tidak mahu, bukan???
tp, sedar atau tidak, sesetengah manusia nie terlampau mengejarkan kebhagian dunia sehingga mereka seolah- olah lupa akan ade bende yg perlu mereka utama kan iaitu mengejar cinta yg hakiki.
adakah mereka tidak sedar dgn mencintai ALLAH sepenuh hati itu adelah 1 jalan short cut utk mendpt cinta dunia????

ramai rakan bertanya, "kau x sunyi hidup sorang?" ade juga yg bertanya; "kau x teringin ke bercinta?". jawapn sy mudah saja. jodoh itu adalh salah satu janji ALLAH bg saya, saya yakin sudah tertulis nama dia disana dan saya akan menunggu dgn sabar.
 

kite sepatutny perlu bekerja keras mencari hidayah sbb iman seseorg itu tidak akn maintain di satu tahap sahaja. kadang kala naik, kadang kala turun......
kadng2 rase bosan melakukan hal yg sama, timbul perasaan riak, hebat dan takbur dgn nikmat yg kita ade; sbb itu lah kite perlu kreatif dlm beribadah.

mana yg perlu kite utamakn....jodoh atau hidayah????
man jadda, wa jada......perlu juga beringat, seimbgkn dunia dan akhiratmu.
macamane nak mengejar cinta yg kekal tu?
mcm susah je?
saya beri jaminan 100%, jika anda mendptkn cinta yg 1 ini, anda akan tenang selama lamany, dan cintnya itu sbg 1 kunci kebhgian hidup anda. bermula la dr skrang ^_^
 

dgn berinspirasikan dr blog tok wan.......saya ringkaskan indahnya mengejar cinta yg kekal...

#kunci: bertanya pada diri sendiri....
 sudah kah kite melebih ALLAH dalam segala hal??
 muhasabah diri ^_^

Barangsiapa mengakui tiga hal, 
namun tidak bersih
dari tiga hal, 
bererti dia tertipu.

Pertama, mengakui akan manisnya zikir,
sedangkan dia masih mencintai dunia.

Kedua, mengaku ikhlas beramal,
tetapi suka penghormatan manusia kepadanya.

Ketiga, dia mengaku cinta kepada Khaliknya,
tetapi masih memperturutkan nafsunya.

sabda rasulullah:
"Akan datang atas umat-umatku di mana mereka mnyukai lima hal dan melupakan lima hal. Mereka suka kepada dunia dan melupakan Akhirat. Mereka suka pada harta sehingga melupakan Hari Hisab. Mereka cintakan makhluk sehingga melupakan Khaliknya. Mereka suka berdoa, tapi lupa bertaubat dan mereka suka rumah tetapi lupa pada kubur."
 
mehhh....saya selitkan 1 cerita :
 
 
Diceritakan, ada seorang lelaki bakhil dan munafik bersumpah hendak menceraikan isterinya bila dia memberikan sedekah. Kemudian datang pengemis mengetuk pintu rumahnya seraya berkata, "Demi hak Allah apakah engkau tidak akan memberiku sesuatu?"

Lalu perempuan itu memberikan tiga potong roti. Apabila diketahui suaminya terus memanggil pengemis itu dan berkata, "Siapakah yang memberimu roti?" Pengemis itu menjawab, "Aku diberi oleh seorang wanita penghuni rumah itu." Lalu si suami masuk ke rumah dan berkata kepada isterinya. "Bukankah aku telah bersumpah agar engkau tidak memberikan sesuatu kepada seseorang pun?" Si isteri menjawab, "Aku memberikan kerana Allah." Si suami kemudian menyalakan tungku. Setelah panas lalu berkata kepada isterinya, "Masuklah ke situ kerana Allah." Si isteri kemudian bangkit dan mengambil perhiasannya. "Tinggalkan perhiasan itu!" kata si suami. Si isteri menjawab, "Seorang pencinta akan berhias untuk kekasihnya. Dan aku hendak menemui kekasihku." Kemudian dia masuk ke dalam tungku itu. Lelaki munafik menutup tungku dan meninggalkannya pergi. Setelah tiga hari kemudian dia datang lagi dan membuka tungku itu. Dia lihat isterinya selamat dengan kekuasaan Allah s.w.t. sehingga lelaki itu hairan. Kemudian ada suara Hatif berkata, "Apakah engkau tidak tahu bahawa api tidak akan membakar kekasihKu."
:: jom jadi macm permpuan nie!! ^_^
 
 
 




rumah terbuka AL-IKRAM

Assalamualaikum.......
al kisah begini...
hehhehe....
dalam kul 10.30 saya baru saja siap lipat2 baju, kak rahimah tlipon, jemput g umah terbuka. sya da terpinga- pinga cari alasan supaya x nak pg.....jahatkan???
tp, terdetik plak; x baik berbohong, memg tengh free....saya pon ckp saya segan sorang2 kwn lain x de. akak ckp die nak amek skung. i have no choice, "ok la kak".

dalam jamuan itu......
sgt best, penuh dgn intipati, semua yg hadir di sajikan dgn santapan rohani, ade ceramh n nyanyian nasyid yg digubah sendri dr wakil al- ikram. kekaguman saya melonjak tinggi bila, yg dtg membawa keluarga bercorakan islam, itu yg saya inginkan.........

saya ambil satey sahaja sbb malu, berlalu pergi kat meja hujung sbb malu(ramai laki plak).....eeerrrkkkkk, pastu Alhamdulilah gang manipal saya datang. itu kan satu penemuan yg x disangka sangka????hheheheheh...... bermula suatu yg indah disitu, sharing2 dan lain2 lagi.......
pastu, saya berjumpa dgn lect maf 320 pn.......bin rahmat....lg satu bende yg x disangka- sangka....
suke......suke.....yeayyyyyy...yeeaaaayyyy!!!!

sya amat kagum dengn keluarga kak rahimah, mase die ambil sya di AYAM, radio kereta berkumandang lgu islamik, ank die yg 10 bulan bising ikut rentak lagu itu.....hehheh
ank pertama beliau ANAS, darjah 1 asyik baca surah2 pendek, sambil ummi die betulakn tajuid.....si ayah pulak berzikir sambil drive, seronok kan.....
sambil drive sempat suami kak rahimah bergurau, ajak saya pergi maydin sesama nak belanja stokin...hjahhahahaha, ( dalam hati stokin sya nipis ke? heheheh, x la saje je suami kak rahimah tu..)
hhahhahahaa
gle sweeet die layan anak2, mungkin itu pendekatan cara islam yg die sampaikan kpd anak. kan org ade ckp " segalanya bermula dr rumah" . ank2 die kecik2 lg da hormat org tua, sopan je.... seronok be apart of them, terubat rindu kat mak n abah.....hehheehe

ok.....back to the open house. sy dan kak rahimah jd org terakhir meningglkan tempt tu sbb rupe2nya laki die yg handle open house  AL IKRAM tu. jd dpt la berkenaln dgn ramai org yg baru balik dr overseas seprti australia, san francisco dan london.......seronok cr hidup dieorg

cerita rakan2 manipal plak......
mereka ckp, mereka x dpt nak contct sy sbb terlmpau sibok sampai kdg2 mkn 3 hari sekali.....really!!!! mule2 saya mnunjukn muke x percy, then, yg lain pon ckp bende yg sma......dlm hati saya patut la kurus....mereka hebat !!! sbb walaupon ptg tu ade exam, mereka sanggup dtg utk menjalin ukhuwah bersama akhwat yg lain.....

seorg (pangkat makcik ckp dgn saya " awak tu ialah da'ie" pastu saya teringt salah seorg kwn pernah tanya saya apa maksod da'ie dan saya masih x tau apa maksodnya.... yg saya tau maksod zaujah iaitu isteri....hehhehee ( baru je bertanya kat seorg kwn )

conclusion, seronok sbb semalas- malas saya nak g open house tu akhirnya. bayk yg sy belajar. sy balik dlm kul 4 ptg dihantr oleh kak rahimah dan suami, sempat singgh kat masjid di ALOR GAJAH utk solat zuhur.......

AHAD SAYA DIISI DEGN AKTIVI YG HEBAT :)

https://www.facebook.com/IKRAM.Melaka
tgok la bergiat aktif lg.....hehheehe

Saturday 1 September 2012

special post about aisyah shakirah suhaidi :)

assalamualaikum....
this weekend i decided to post 2 interesting topic. first about  "my leisure time" its done. n second about the inspired person that i hope one day i will be like her. "AISYAH SHAKIRAH SUHAIDI". namamu seindah perjuanganmu. im never miss to read her blog everyday even tough she not updated their blog.


keep repeating read their older post is enough for me to realize how grateful i am as human being.
she the best among the best role model nowadays. the best entry ever is "why don't i have a boyfriend" very touch answered from her make my heart going up n down n started questioning my self "am i do so"she answered. First, I am a believer, I can’t do what displeases my Creator. He ordered me not to to have a boyfriend so I should obey Him. Secondly, I am a daughter of a man who raised me to be a chaste woman. I am a sister of a man who is proud of my purity, so I don’t want to disappoint them, and most of all I don’t want to disappoint a third man who is my future husband and the father of my children in sha Allah. I am preserving myself to him only. thirdly, My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man. herrrrmmmmmm.......pray for me to be better muslimah.
 

second entry about eyes of heart ( mata hati). "WE ARE SERVANTS. WE ARE WEAK AND WE ARE NOTHING WITHOUT ALLAH. OUR LIFE ON THIS WORLD IS TEMPORARY. DUNIYA IS VALUELESS AND FULL OF LIES. IT IS NOTHING IF WE DON'T DO SOMETHING FOR OUR AKHIRAH".

 third entry is about DUTY  OF DA'WAH. nakk tgok video die, search kat u tube......
1.Do you have to be an ustadz/ustadzah to do da’wah? 

"Gerabak dakwah itu melewati semua stesen. Tetapi, ia tidak akan memaksa seseorang untuk menaikinya. Kebanyakan tidak menaikinya kerana merasakan tidak layak untuk bersama dakwah, sedangkan gerabak ini sememangnya tersedia bagi mereka yang merasa tidak sempurna"
-Majalah Sinergi
 
honestly saya amat2 kagum dgn beliau.
menjadikan tafseer sbg rakan karib.
this is the true muslimah
doakan saya kearah itu
insyaALLAH
dengan izinnya
 
byak lg entry yg sangat2 membantu utk menaikan thap keimanan kite. kite seharusnya lebuh creative dalam beribadah dan berda'wah supaya kite lebih istiqomah dan pemerhati kite turut senang dgn apa yg disampaikan.
islam itu mudah dan indah, hanya kite sahaja dapat mencorakan nya.
 
nie blog die:  http://aisyahshakirah.blogspot.com/
bace la post pasal farewell ramadhan, hello syawal
amaln membaca alquran n berzikir x pernah ditinggalkan even tough 
driving atau on travel.
hebat kan???
smlm da cube, dlm perjlnan ke nilai. bawa tafseer, tp x confident nak kuarkan, berzikir kejap da tido.....
pppfffffttt.....
jauh sgt nak contohi kamu:(
dlm perjalnn dr tbs ke melaka plak...
penat sgt, jatuh pengsan....
tup...tuppp
da sampai melaka
hehhhehe

aisyaah syakirah bersama abang die, hebatkan?? i wondering, can i be like this??   
time kasih pd kamu kerana mmbuatkan ramadhan yg lalu adalh ramadhan yg bermakna bg saya, itulah ramadhan yg saya impikan, n jd kenyataan.....
follow la blog nie. amat2 membantu kalian
 
...... beruntung sapa memiliki mawar berduri ni:)


weekend yg bosan *_*

huuuuhhh
ehhh, lupe assalamualaikum pembuka bicara....
seawal 6 pg da bagun, pastu x leh nak tido balik plak.....
jd, sy amek ketas putih; list kan aktiviti hari ini.
1. cantikan board
2. update diary
3. download cite
 # bosan giler macm nak menjerit minx tolong...hahhahaa
pastu, g search internet plak, sbb lapar, rase nak masak spegati...hahhaha
tgok bhan2 die agak mahal pg la godeh brg2 kat dapur tu kalau2 bleh di masak.
last2 dapt masak telor kicap, sambal goreng kentang and sambal bugis ( sbb plan ptg nie nak rebus keledek cecah sambal). sedap jugak la, tp x la rase mcm spegeti. save budget cikit.

da petg, rase bosan lagi.....
mule la tgn nie cari list utk dibuat...
x penah rase bosan mcm nak nangis mcm nie.
last2 berchating ngn, x puas chatting call plak sampai 2 jam.....
hebaq mu.....hebaq.....
rase bosan lg.....
alang2 tunggu magrib, rebus keledek  mkn ngn sambal td......
efficient x?????
hahhhaaaaa.....
pastu ade mase tunggu keledek tu masak.......buat cikit aktivity ilmiyah, baca tafseer n  sambung bc buku batu bata kehidupan....


 da magrib pon.....
############
plan utk mlm nie......
nak download cite lg sambil2 tu  kuar jap cari eskrim kat tesco......hehehehe
i'am a lone ranger tonight.....:( 
selamat menunaikan solat dan doakn lah kaum muslimin dan muslimat diluar sana supaya selalu istiqomah dlm mencari keredhaan ALLAH.