NABI Muhammad SAW ialah seorang nabi dan rasul yang memiliki akhlakterpuji. Baginda seorang insan mulia yang sanggup memaafkan kesalahanorang lain.
Pada suatu hari, ketika baginda sedang berehat-rehat, datanglahseorang wanita Yahudi membawa hidangan yang lazat berupa kambingpanggang.
Wanita itu mengetahui bahawa Rasulullah amat gemar kambing panggang.
Bahagian kegemaran baginda ialah paha kanan bahagian depan. Lalu wanita tersebut menabur racun di atas kambing panggang itu.
Dia melebihkan racun di paha kanan hadapan kambing yang dihidangkan itu.
Setelah melihat hidangan itu, maka Rasulullah pun berasa lapar.Selepas membaca bismillah, baginda pun makan dengan berselera sekali.
Baginda makan bersama seorang sahabat, Bisyir bin Barra bin Ma'rur.Namun, sewaktu baginda sedang mengunyah makanan itu, timbul perasaanwas-was di hati.
Rasulullah pun meluahkan kembali daging kambing panggang yang sedang dikunyah.
Ternyata suara hati baginda itu benar. Bisyir bin Barra bin Ma'rurtelah menjadi korban. Sahabat baginda itu meninggal dunia keranatermakan racun dalam makanan tersebut.
Rasulullah pun bertanya dan wanita Yahudi itu mengaku secaraberterus terang tanpa berselindung berkata: "Aku mahu menguji kamu.Jika engkau seorang rasul, sudah pasti engkau akan mendapat petunjukmengenai hal ini. Tetapi kalau engkau hanya orang biasa, maka aku pastimerasa puas kerana dapat menyingkirmu kerana engkau telah banyakmembawa kemusnahan kepada kaum Yahudi."
Rasulullah mendengar penjelasan wanita itu dengan tenang. Kemudian,baginda pun memaafkan wanita itu. Baginda tidak menghukum wanita ituwalaupun perbuatannya itu telah mengakibatkan kematian seorang sahabatbaginda.
Baginda sanggup memberi kemaafan kepada seorang wanita yang ternyata mahu membunuh baginda.
jika kite lihat begitu mudah nabi kita memaafkan siapa sahaja yg bermusuh n degn senang menyakitinya.....
bandingkan dgn diri kita sendiri, seperti saya sendiri. agak sukar untk melupakan peristiwa2 yg pahit, walaupo secara jujur sudah memaafkan semua org disekeliling hidup saya samaada kenal @tidak, samaada terkecil hati atau tidak.....tp, every single even that happen selalu sgt datg n berkata dgn hati utk berbuat keburukan atau kejahatn......
itulah die hati susah sungguh utk mendidik hati supaya menjadi baik....
bagi saya hablumminanasss itu sgt3 dan tersgt penting sbb saya sering kali diuji oleh ALLAH utk menyakiti org2 sekeliling saya tanpa sy sedari, its happens continuously. dan selagi saya tidak lepas dr ujian itu ALLAH ( tuhan yg saya sembah dan sujud) DIA, tidak akn berhenti menguji saya, sampai lah saya berjaya...alhamdulilah, sy akur sbb sy berjaya menyakinkan diri sy bhw dunia ini bukan tempat utk bersuka ria, ia adlah tempat ujian didatangkn kpd kita hambanya utk di nilai kepatuhan kita kpdnya, tempat yg kekal adlh di akhirat sana, jadi saya yakin kesakitan yg kita rasai sekarng akn dibalas disana dgn haruman syurga yg kekal abadi.....
dan igtlah kesenangn , kegembiraan, kecukupn dalam kehidupn boleh juga jadi ujian kepada kita sbb scope ujian dari ALLAH itu amat amatlah luas dan hanya penerima ujian itu sendiri dapt menilainya....
coretan kali ini berbunyi agak sedikit matang kerana dalam 2 minggu kebelakangan ini, sifat pendendam dan sgt tidak pemaaf membuak buak dlm diri sehinggakan sukar utk sy mengawal ujian yg ALLAH bagi kpd saya......kehadiran ujian ini byk beri saya solution utk lebih menjauhkn diri n menganalisa seseorg itu dr sudut pandang positive....sy juga alhamdulilh diberi ilham utk mengubah diri ini utk jauh lebih baik dr yg semlm...semoga ia berterusan hendaknya....
akhir kata dari saya: amarah itu adlah titik kejayan syaitan mengawal diri kita, jika kita melyan amarah bermakna syaitan itu lah sahabat sejati kita didunia ini...^_^
Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).
Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud:“Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43)
Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.
Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).
Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.
Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?
minta maaf semua samaada mengenali diri ini ataupon tidak....halalkan segala apa yg telah diberi atau apa yg telah diminta.....
perjalann kita masih panjang, kpada sahabt2 sekalian mohon betulkan niat setiap kali melakukan sesuatu semoga redha ALLAH itu sentiasa mengikuti kita n sentiasa menempel bersama sama kite hingga keakhirnya.....kpd keluarga yg amat say cintai dan sayangi, sy akn cube membuat anda dan anda gembira, menjadi shabat, menjadi adik, menjadi ibu even menjadi ayah. degan kegembiraan meraka sudah cukp buat saya bahgia.....kepda guru2 di sekolah n ipta, ilmumu akn sy apply utk kehidupn sy yg akn dtg, utk sy didik anak2 sy menjadi org yg berjaya.... insya ALLAH hendaknya.
regretting something never end, n repeatedly apologize never recover the pain.........
im always felt dissapointed of myself, how weak i am, how loser i am, how ungrateful i am
im still learning how to be good , how to be sumayyah.... please friends pray for me ^_^
i luv all of u and i kept deep inside of my heart....
No comments:
Post a Comment