Naelah
binti al-Farafishah adalah isteri Khalifah Uthman bin Affan yang
dikahwini ketika Khalifah Uthman berusia 81 tahun ketika Naelah berusia
18 tahun.
Tanya Uthman:“Apakah engkau tak keberatan menikah dengan seorang lelaki tua bangka?”
Nailah tersenyum sambil tertunduk malu ia berkata :“saya termasuk wanita yang lebih suka memiliki suami yang lebih tua.”
Jawab Uthman :“Tapi aku telah jauh melampui ketuaanku?”
Nailah tersenyum dan berkata :” Tapi masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah saw. Dan itu jauh aku lebih sukai dari segala-galanya.”
Naelah
terkenal sebagai seorang wanita yang cantik dan pandai. Bijak dalam
bermadah ,juga arif menyusun kata indah.Bahkan suaminya sendiri
memujinya..
“Saya
tidak menemui seorang wanita yang lebih sempurna akalnya dari dirinya.
Saya tidak segan apabila ia mengalahkan akalku.” Subhanallah!
Peristiwa pengepungan yang berlaku selama 50 hari di rumah Khalifah Uthman bin Affan benar2 menguji tahap keimanan & kesabaran hati Naelah.Beliau tidak
pernah berjauhan dari suaminya, sentiasa memberi semangat &
keyakinan kepada suami agar terus tabah & sabar dlm meneruskan
perjuangan suci itu.
Pada ketika itu, kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu.Muhammad bin Abu Bakar yg mengetuai pembelotan itu.
Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Naelah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya
Pada ketika itu, kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu.Muhammad bin Abu Bakar yg mengetuai pembelotan itu.
Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Naelah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya
"Naelah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku".
Naelah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya. Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya dan Naelah sudah bersedia melindungi Khalifah.
Lelaki pertama cuba menyerang Khalifah Uthman al-Affan dengan pedangnya, namun dihalang oleh Naelah dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya.
Kemudian Muhammad bin Abu Bakar menghayun pedangnya pula, tetapi ditahan oleh Naelah dengan tangannya yang lain pula dan terputus juga jari-jarinya.
Kemudian dengan kejam Muhammad bin Abu Bakar mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya. Tanpa ada sedikit pun rasa belas di hati, Muhammad bin Abu Bakar terus mengelar tubuh Khalifah itu hidup-hidup. Namun, apabila Muhammad bin Abu Bakar hendak memenggal kepala Khalifah, Naelah menahan tubuhnya bersama Syibah. Malangnya, mereka berdua ditolak dan di pijak dengan kejam.
Sesudah pembunuhan Khalifah Uthman al-Affan ,tiada seorang pun yang berani datang untuk menguruskan & memandi jenazah beliau. Sehingga Naelah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwatib bin Abd Uzza. Mereka juga tidak berani mengebumikannya pada siang hari, dan akhirnya terpaksa dikebumikan antara waktu Maghrib dan Isyak. Naelah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.
Peristiwa pembunuhan kejam inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam.
Bagi mendamaikan 2 puak ini, Naelah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi :
"Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah".
Naelah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad
Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong sebagai
tanda telah berlaku pemberontakan & pembunuhan terhadap Khalifah Uthman al-Affan.
Selepas kewafatan suaminya, Naelah terus diselubungi kesedihan yang teramat sehingga datang Muawiyah meminangnya. Tetapi pinangan itu ditolak mentah-mentah. Demi mengelakan dari terus dipinang, Naelah mencabut & mematahkan giginya sehingga orang lain bertanya :
"Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?".
Naelah menjawab :
"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".
ak kagum dgn keperibadian mu......
ak kagum dgn kesetiaan mu....
ak kagum dgn pengorbananmu...
semoga ALLAH menjadikn ak sepertinya,
memiliki kekuatan sepertinya,
amin.....
Assalamualaikum, suke suke suke =D
ReplyDeletesanggup die ptahkan gigi atas nama setia pd suami yg sudah tiada....hebatkan, x tau nape kisah die menyentuh sgt.
ReplyDeletex de bende yg mustahil di dunia nie.... sama2 kite menjd tabah sepertinya
suke la citer ni..same2 kite doa moga2 kite boleh jadi mcm die
ReplyDeletejom2....hehheehe
ReplyDelete