Monday, 30 April 2012

hanya mampu tersenyum ^_^


one step forward....
plissssss...wish me luck
its hard, its hurt....but, its ok
for my good. ^_^
cute x baby kat atas nie....'
x de motif nak letak...
da besa da sidarin nie, cumell lotteee pule...
tetiba teringat die lepas tgok kasut kat jj tadi...
hehehehe..
nak share something la.....
niee pule encik ammar iqbal...
baru lahir 25 ari yg lalu..
kalau x silap la.....
rindunyer!!!!!
moga jadi ank soleh yer....
jd pemimpin yg baik n amanah
dgr ckp org tue...
hheheheee
mcm dgr plak si ammar nie....
cute kan !!!!
idung mcm atuk die
dagu mcm cik la..hahhaah
uuupppppsss....terperasan pule
^_^
nak share something la.....
 

Kelebihan dan Fadhilat Surah AL-KAHFI, SAJDAH, YAASIN, AD-DUKHAN, AL-WAQIAH, AL-MULK, AL-HASYR
by Heliza Helmi on Friday, April 29, 2011 at 5:53am
SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

 SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat) 
Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.

SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)
Rasulullah saw bersabda:
” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”

SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”
Dan Nabi saw bersabda:
“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.

SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat)
Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid”

Friday, 27 April 2012

Naelah Al-Farafishah


Naelah binti al-Farafishah adalah isteri Khalifah Uthman bin Affan yang dikahwini ketika Khalifah Uthman berusia 81 tahun ketika Naelah berusia 18 tahun.

Tanya Uthman:“Apakah engkau tak keberatan menikah dengan seorang lelaki tua bangka?” 
Nailah tersenyum sambil tertunduk malu ia berkata :“saya termasuk wanita yang lebih suka memiliki suami yang lebih tua.”
Jawab Uthman :“Tapi aku telah jauh melampui ketuaanku?”
Nailah tersenyum dan berkata :” Tapi masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah saw. Dan itu jauh aku lebih sukai dari segala-galanya.”

Naelah terkenal sebagai seorang wanita yang cantik dan pandai. Bijak dalam bermadah ,juga arif menyusun kata indah.Bahkan suaminya sendiri memujinya..
“Saya tidak menemui seorang wanita yang lebih sempurna akalnya dari dirinya. Saya tidak segan apabila ia mengalahkan akalku.” Subhanallah!

Peristiwa pengepungan yang berlaku selama 50 hari di rumah Khalifah Uthman bin Affan benar2 menguji tahap keimanan & kesabaran hati Naelah.Beliau tidak pernah berjauhan dari suaminya, sentiasa memberi semangat & keyakinan kepada suami agar terus tabah & sabar dlm meneruskan perjuangan suci itu.


 Pada ketika itu, kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu.Muhammad bin Abu Bakar yg mengetuai pembelotan itu. 


Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Naelah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya
"Naelah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku".

Naelah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya. Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya dan Naelah sudah bersedia melindungi Khalifah. 

Lelaki pertama cuba menyerang Khalifah Uthman al-Affan dengan pedangnya, namun dihalang oleh Naelah dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya. 

Kemudian Muhammad bin Abu Bakar menghayun pedangnya pula, tetapi ditahan oleh Naelah dengan tangannya yang lain pula dan terputus juga jari-jarinya.

Kemudian dengan kejam Muhammad bin Abu Bakar mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya. Tanpa ada sedikit pun rasa belas di hati,  Muhammad bin Abu Bakar terus mengelar tubuh Khalifah itu hidup-hidup. Namun, apabila  Muhammad bin Abu Bakar hendak memenggal kepala Khalifah, Naelah menahan tubuhnya bersama Syibah. Malangnya, mereka berdua ditolak dan di pijak dengan kejam. 

Sesudah pembunuhan Khalifah Uthman al-Affan ,tiada seorang pun yang berani datang untuk menguruskan & memandi jenazah beliau. Sehingga Naelah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwatib bin Abd Uzza. Mereka juga tidak berani mengebumikannya pada siang hari, dan akhirnya terpaksa dikebumikan antara waktu Maghrib dan Isyak. Naelah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam. 

Peristiwa pembunuhan kejam inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam.


Bagi mendamaikan 2 puak ini, Naelah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi :
"Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah".


Naelah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong sebagai tanda telah berlaku pemberontakan & pembunuhan terhadap Khalifah Uthman al-Affan

Selepas kewafatan suaminya, Naelah terus diselubungi kesedihan yang teramat sehingga datang Muawiyah meminangnya. Tetapi pinangan itu ditolak mentah-mentah. Demi mengelakan dari terus dipinang, Naelah mencabut & mematahkan giginya sehingga orang lain bertanya : 
"Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?". 


Naelah menjawab :
"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".
 
ak kagum dgn keperibadian mu......
ak kagum dgn kesetiaan mu....
ak kagum dgn pengorbananmu...
semoga ALLAH menjadikn ak sepertinya,
memiliki kekuatan sepertinya,
amin.....

Wednesday, 11 April 2012

berapa lama lg kah ak akan hidup?????
kuat kah ak menempuh hari hari yg mendatg???
cukup kah amalnku utk berjumpa dgn nya???

persoaln yg tiada jawapn.......

Tuesday, 10 April 2012

sahabatku dunia akhirat

mungkin sy x layak jd kawan kamoo semasa didunia,
tetapi sy sentiasa berdoa supaya kite menjadi sahabat sejati disyurga nnt.....

mungkin ak x mmpu jd sahabat yg memahami
tp ak mahu kamoo tahu yg ak sentiasa mencube memahamimu....

mungkin ak looser dimata kamooo
tp ak cube tidak looser dimata penciptaku....

mugkin juga ak x mampu membahagiaknmu sahabatku
tp ak berusaha setiap detik dan saat membuat kamoo tersenyum
walaupon keringatku membahasi bumi.....

itu semua membuatku bahagia.....
maaf jika kau lihat ak nie seperti tidak mempedulikan mu
ak buntu, bagaimana lg membuat kamoo tersenyum.....
ak bingung, cara bagaimana mahu memperbetul kesalahanmu....

maaf kerana menjadi sahabat yg lemah
hanya mampu pendam dan menangis sendiri....
hanya mampu berdoa dan terus berdoa supaya ALLAH
permudah perjalann persahabtan kita till jannah.....

ak juga manusia biasa yg x lekang dr membuat dosa....
ak akan cube berubah utk kebaikn semua.
penat ak memikirkan nya..
munkin tiba masanya, ak memikirkan masa depan ak....
tanggung jawabku sebagai hamba ALLAH dan anak
tanggung jawabku sebagai adik dan ahli keluaarga utk membawa mereka ke syurga
harus ak teruskan.....

ak tidak mahu kegagalan sebagai seorang sahaabt
mnjadikan ak alpa degn segala tanggungjawabku....

maaf kan ak...maafkan ak....maafkan ak......
ak hanya manusia biasa.
ak bukan sahabat yg baik......
minta maaf semua.....
ini adlah luahan dr lubuk hatiku yg terlalu dalam.....
minta  maaf semua.....
ak hanya manusia yg lemah. mungkin lg lemah dari anda dan anda semua didunia nie...
tp, percaya pada ku ...ak sentiasa mencuba menjadi kuat....kuat dan kuat dari biasa....

jika kau rasa kau mengenaliku...itu slaah, hanya ALLAH yg tahu siapa yg dia ciptakan...
doakan ak, tolong sahabat ku, doakn ak berjaya didunia dan diakhirat......